home follow
B E R A T
Friday, March 4, 2016 @ 10:41 PM | 0 individual(s)
Assalamualaikum w.b.t ..
 

TikTok TikTok. 
Ehem. Ok, post kali ini memang berat. Terlampau berat. Berat untuk menerima apa yang bakal dihadapi nanti. Yes, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pasti akan ada hadirnya perpisahan. Tiada satu pertemuan pun yang diakhiri tanpa perpisahan. Itu karma. YES, KARMA.

Tipu. Tipu, kalau cakap aku tak sedih dengan semua ini. Terlampau tipu.
Mungkin bagi mereka, "ahhh, didot mengada" "ahh, didott jiwang"
Sebab apa? Sebab mereka takkan pernah faham apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui. 

Macam Fateh selalu cakap, 
"Sedih lah nanti kalau kita jauh. Mesti rindu. Takde siapa yang boleh layan gila aku"
Selalu sangat layan perasaan bila ada someone yang sentuh isu perpisahan,
"Salam Terakhir .. Salam Teristimewa" sambil senyum pandang kitorang.
Yes, Fateh. Aku tahu sebalik senyuman tu.
Aku faham.

Mungkin ini semester terakhir. Kalau dulu, rasa nak sangat cepat habis belajar. 
Since kenal korang, rasa masa tu cepat sangat berlalu. 
Betul lah orang cakap, TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Sekarang, baru aku faham. Sebelum ni, kalau jalan berselisih pun, masing-masing buat tak tahu.
Since dah rapat ni, tertanya, kenapa dari dulu lagi kita tak macam ni?
Yes, mungkin ada sebab tersendiri.

After this, dah takde dah nak keluar sama. Makan sama. Study sama. Maki sama. Mencarut sama. 
Yes, i admit it. Semua benda kita buat sama. 

Semua kelebihan dan kekurangan antara kita jadi pelengkap hubungan kita.
After this, masing-masing akan buat haluan sendiri. 
Mungkin ada yang kerja, mungkin ada yang sambung study.
Aku doakan kesejahteraan dan kejayaan korang. Always.
Mungkin, ada sahabat yang lebih baik dari aku nanti. Ehem.

Cuma ..
Satu je aku nak pesan, jangan pernah lupa aku.
Jangan pernah lupa ! 


 
Ya Allah,
 Kekalkanlah hubungan ini.
Kekalkanlah kasih sayang antara kami.



KBYE
*lap airmata.

 

 
NurulNadhiraa

21 . JOHO
◄ OLDER POSTS
Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.